kau membiarkan keadaan seperti itu,
mungkin kau rasa cara itu betul,
tapi sebenarnya cara itu
dengan perlahan
membunuh perasaan aku,
apabila perasaan ini telah mati,
jangan kau datang kemari,
kerana itu hanya mengundang benci,
bila kasih tiada lagi di hati,
engkau tidak lagi bererti.
Ahad, 26 Mac 2017
Khamis, 23 Mac 2017
Jumaat, 17 Mac 2017
Selasa, 14 Mac 2017
Selasa, 7 Mac 2017
apabila kau tinggalkan aku
datang dia menyambut aku
aku berlari mengejarmu
tapi kau tolak aku hingga jatuh
lalu datang dia bangkitkan aku
aku menghalang kau dari pergi
tapi kau tetap terus berjalan
meninggalkan aku sendiri
lalu dia bawa aku pergi
dengan duka lara dihati
saat dia bawa aku pergi
aku masih lagi menoleh kau
tapi kau terus berjalan
hilang dari panca indera mata aku
tanpa kau berhenti sesaat pun
untuk menoleh aku kembali
sungguh
sungguh hati ini terluka
lalu dia genggam erat tangan aku
dia memberi pengharapan
dia memberi senyuman
dia memberi kebahagiaan
walau dia tahu
cinta aku adalah untuk kau
tapi dia tetap memberi
cintanya pada aku
dia lupuskan air mata aku
dia hilangkan kesedihan aku
dia ubati luka dihati aku
dia membuatkan aku lupa
akan cinta aku pada kau
dia tanam rasa cintanya
pada aku
dalam hati aku
aku fikir cinta yang layu
takkan tumbuh kembali
benar ,
cinta aku
sudah layu
sudah mati
sudah hilang
sudah lupus sama sekali
tapi datang dia
menanam cinta yang baru
membenih cinta dengan senyuman
membaja cinta dengan kesetiaan
menyiram cinta dengan kebahagiaan
kini
aku sangat bahagia
bersama dia
aku sangat bahagia
berada disisi dia
cinta aku kini hanya padanya
dia mungkin bukan cinta pertamaku
tapi dia cinta terakhir aku.