Jumaat, 16 September 2016

Sedangkan

apa guna menjadi yang pertama,
sedangkan,
tidak mampu menjadi yang terakhir.
-nsr

Ahad, 11 September 2016

Senyap-Senyap Cinta


Setahun memendam rasa suka
Padah memendam sering kecewa
Salah faham kerana tidak menyapa
Setahun telah berlalu

Kau kata “aku suka kamu”

Aku berjalan tunduk malu

Siapa sangka dua-dua menunggu

Senyap-senyap kita bercinta

Tidak menunjuk malah bercerita

Apabila mahu mengikat kata

Semua hilang putus bicara

Kerana tiada siapa yang dapat menyangka

Bahawa jodoh milik kita berdua.


-nsr-

Kisah


Setiap kisah cinta itu tidak sama. Setiap kisah ada sukanya , ada dukanya ,ada tragisnya. Tetapi setiap kisah itu juga mempunyai pengakhiran yang juga tidak sama dengan kisah-kisah lain samaada pengakhirannya bahagia atau kecewa. Kita sebagai watak di dalam kisah tersebut haruslah memilih jalan cerita bagaimana untuk kita reka. Setiap orang mestilah mengimpikan kisah cintanya berakhir dengan kebahagiaan namun, untuk mengecapi kebahagiaan terdapat banyak rintangannya terdapat banyak cabarannya. Setiap kisah berlainan halangannya membuatkan setiap orang ada kisah cinta yang memiliki sifatnya tersendiri.

BicaraMu


Menurut bicara mu
Aku ini separuh dari hati mu
Terus,
Mengapa kau menyakiti diri ku?
Sedangkan aku ini separuh dari hati mu

Kata dan tingkah kamu
Begitu beza sekali
Sering membuat aku keliru
Entah sayang entah tidak
Kamu sering mengatakan cinta
Tapi,
Kamu juga sering merobek hati ku
Kata mu aku ini separuh dari hati mu
Jadi mengapa kamu tidak menyatukan aku?
Malah terus menyisihkan saja aku.
-nsr-






















Sandiwara


Untuk Memberi Seluruh Jiwa
Aku Sentiasa Rasa Curiga
Kerana Aku Takut Kecewa
Alpa Dengan Lakonan Sandiwara
Yang Kau Selindungkan Dibalik Topeng Mu
Senyum Mu Menunjukkan Keikhlasan
Namun Mata Mu Penuh Dengan Pendustaan
Kata-Kata Mu Yang Diluah Begitu Manis
Sedangkan Kamu Menyindir Sinis
Untuk Apa Kau Bermegah Dengan Sandiwara Ini
Kau Begitu Yakin Sandiwaramu Akan Berhasil
Tapi Tahukah Engkau?
Disebalik Kau Bersungguh Merancang Sandiwara
Aku Terlebih Dahulu Sudah Mengetahui Sandiwara Mu
Malah,
Sandiwara Aku Yang Membuat Kau Membuka Topeng Mu.
-nsr-




MENCINTAI




MENCINTAI KAMU BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH, BEGITU BANYAK AIR MATA YANG MENGALIR, BEGITU BANYAK PARUT DI HATI YANG DI PAHAT, BEGITU BANYAK RASA BAHAGIA SEHINGGA AKU MERASAKAN AKU BISA TERBANG, BEGITU BANYAK SEKALI RASA YANG AKU RASAI TATKALA AKU MENCINTAI DIRIMU. NAMUN ITU SEMUA TIDAKLAH MEMBUATKAN AKU SERIK DI ALAM PERCINTAAN, MALAH MENGAJAR AKU UNTUK LEBIH MEMAHAMI APA ITU CINTA.

-nsr-


Apa Kau Tahu



Kau Suka Membuat Spekulasi Sendiri
Kau Fikir Kau Saja Lah Yang Betul
Kau Fikir Orang Lain Saja Salah
Kau Menhentam Sana Sini
Apa Kau Tahu ?
Dia Itu Sedang Bermain?
Apa Kau Tahu?
Dia Itu Sedang Berusaha?
Apa Kau Tahu?
Dia Itu Sedang Serius?
Yang Kau Tahu Cuma Membuat Spekulasi
Yang Entah Betul Entah Tidak
Jika Hendak Membuat Andaian
Selidik Dulu Yang Tersirat Tersurat
Moga Tidak Ada Yang Dendam Kesumat.
 -nsr-


DIA



Saat hati merintih kesedihan
Saat hati menahan peritnya kelukaan
Saat hati menangis keesakan
Saat hati merasa tiada harapan
Hanya air mata yang mampu dititiskan
Bibir tergamam ,terkelu , terkunci
Hanya membisu seribu bahasa
Merintihnya dia di dalam hati
Tetapi tidak terungkap di bibirnya
Betapa sakitnya luka yang ditanggung
Hingga membuat dirinya  putus harapan
Saat dia merasa tiada yang memahami dirinya
Pencipta-Nya mengutuskan insan buatnya
Insan yang menghulurkan tangannya
Membawa dirinya ke sinar bahagia
Mengajar dirinya erti kehidupan
Mengajaknya mendekatkan diri kepada Pencipta
Memberinya harapan untuk teruskan hidup
Pesanan insan itu buatnya,
Nyawa ini bukan milik kita
Tubuh ini bukan milik kita
Harta ini bukan milik kita
Senang , mewah bukan milik kita
Semuanya hanya sementara , pinjaman semata
Tetapi amalan yang akan diambil kira
Hanya itulah hak yang kita ada
Pesan itu, telah disemat di sanubarinya
Semakin terpancar keceriaan diwajahnya
Semakin tenang rasa dihati
Kini, dia semakin kuat menempuh dugaan
Semakin tabah hadapi ujian
Dia kini , bukanlah seperti yang dulu
Dia kini, memberi harapan pada insan lain pula
Cuba menuntun tangan insan lain
Agar bersama mencapai sinar bahagia
Agar bersama siap sedia

Menyediakan bekal untuk menghadap Pencipta-Nya nanti

-nsr-

Tanpa Sedar


Pertama kali kulihat dirimu
Seakan petir manyambar dihati
Terpana melihat pesona dirimu
Sehingga membuat diriku kaku
Tanpa aku sangka,
Dalam diam aku mencari,
Dalam diam aku memerhati,
Dalam diam aku mula menyukai,
Dalam diam aku telah menanti,
Setiap detik,
Setiap hari,
Setiap bulan,
Malah setiap tahun
Tanpa aku sedar ,
Dirimu telah bertakhta dihati
Tanpa aku sedar ,
Telah sekian lama aku menanti
Malah aku tidak tahu
Siapakah dirimu?
Apakah isi hatimu?
Sering aku bertanya pada hatiku
Kenapa dia yang engkau nantikan?
Apakah yang telah menarik perhatianmu?
Tapi sayang,
Hatiku juga tidak mampu memberi jawapan
Kepada persoalan yang aku tujukan
Semakin hari,
Aku semakin tertarik padanya
Kadangkala tertawa melihat tingkahnya
Kadangkala ingin berada disisinya
Kadangkala tanpa sedar,
Aku senyum sendirian disaat teringat padanya
Tanpa aku tahu,
Apa yang ada didalam hatinya
Tetapi Aku terus menunggu
Menunggu…yang entah sampai bila akhirnya
Sering juga bermain difikiranku
Adakah dia juga punyai rasa yang sama sepertiku?
Ataupun hanya diriku sahaja yang menunggu
Hati mulai berbicara ,
Bersabarlah dalam menanti
Mungkin ada sinar bahagia dikemudian hari
Siapa tahu takdir yang telah ditetapkan untuk kita
Kita hanya perlu berusaha
Seandainya , itu yang terbaik untuk kita
Maka dipermudahkan urusan itu
Seandainya, itu bukanlah yang terbaik untuk kita
Maka terimalah ujian itu dengan hati yang terbuka
Kita hanya sering mengimpikan yang indah sahaja
Tetapi terlupa disaat duka mula menyapa
Disaat ini dirimu perlu cekal dan tabah
banyakkanlah berdoa meminta pada-Nya
agar  segalanya akan  dipermudahkan.

-nsr-

Hati



Assalammualaikum…sahabat saya…  hari ni kita berbicara soal hati… hati? Apa yang ada di dalam hati? Kenapa hati selalu menjadi topik hangat di bibir semua orang? Dan didalam setiap perhubungan mesti menekankan soal hati…tidak kiralah hubungan apa pun…samada hubungan dengan keluarga,rakan-rakan,suami isteri malah hubungan dengan Pencipta kita sekalipun hati menjadi isu utama…tetapi….kenapa mesti hati???

Hati…
Tanpa iman bagaimana ingin menjadi hamba-Nya
Tanpa cekal bagaimana ingin tabah dengan ujian-Nya
Tanpa ikhlas bagaimana ingin beribadah pada-Nya
Tanpa suci bagaimana ingin mendapat hidayah-Nya

Hati…
jika disentuh dengan lembut maka mudah dibentuk
jika disemat dengan kata hikmah maka mudah menerima
jika sentiasa ingat pada Pencipta-Nya maka mudah tenang
jika dihargai dengan ikhlas maka mudah untuk berkorban

Hati…
Seandainya disakiti dipenuhi dendam didalamnya
Seandainya diguris hanya perit yang dirasainya
Seandainya ditikam berlumuran darah padanya
Seandainya dikhianat hanya tangisan ditanggungnya

Hati…
Tidak semua yang mudah memahaminya
Tetapi semua boleh cuba mendalaminya
Tidak semua yang mudah memilikinya
Tetapi semua boleh berusaha untuk mendapatkannya

maka disini sebenarnya terlalu banyak hal yang ibu kepadanya adalah hati...kerana jika hatinya bersih maka sudah tentu akhlaknya pun baik..tetapi , jika hatinya kotor maka sudah tentu di dalam hatinya dipenuhi dengan dendam...kita semua mempunyai hati tetapi yang memegangnya adalah Allah...oleh itu kita mesti sentiasa berdoa kepada-Nya agar hati kita terlindung daripada segala godaan dan hasutan yang tidak baik...dan sekiranya hati kita meletakkan Allah sebagai yang paling atas sudah tentu hati kita pun sentiasa tenang dan tabah mengharungi segala cabaran....sekiannn~~~

Aku Bukanlah Sempurna


Sungguh..aku tidak dapat membaca isi hatimu
Kerana aku hanyalah insan yang lemah
Kadangkala kau memberi harapan yang besar
Kadangkala kau menyepi tanpa bersuara

Apabila kau bertegas mengatakan kau setia
Aku disini berpegang dengan apa kau bicara
Akan tetapi apabila kau menghilang
Menghilang seperti buih-buih di lautan
Aku disini berasa amat runsing
Kepercayaan terhadapmu juga semakin hilang

Disaat kau mengaku kau jumpa yang lebih indah
Saat itu juga aku merasakan diri ini lemah
Aku bukanlah yang terindah untuk kau
Kerana kau jumpa yang lebih indah dariku
Aku bukanlah yang terbaik untuk kau
Kerana kau jumpa yang lebih baik dariku
Aku bukanlah yang sempurna untuk kau
Kerana kau jumpa yang lebih sempurna dariku
Ya, memang benar aku bukanlah
Yang terindah,yang terbaik dan yang sempurna
Tetapi aku berusaha untuk menjadi
Yang terbaik,yang terindah dan yang sempurna
Sekiranya engkau tidak memandang aku
Tetapi Insyaallah , Allah akan memandang aku

-nsr-

Bakal Imam Buat Dirimu


assalammualaikum...sahabat, ingin aku bicara disini mengenai isi hati yang tersimpan dalam setiap remaja perempuan...sahabat , disaat kau mengimpikan seseorang yang boleh menjadi imam bagi dirimu … ketahuilah , memang ada bakal imam untuk dirimu ... cuma waktu yang belum mengizinkan untuk kamu menemui dirinya ... bersabarlah sayang ... dalam tempoh penantian kamu sebenarnya, Allah ingin kamu mendidik terlebih dahulu diri kamu ... jika kamu mengidami seorang imam yang boleh menuntun tanganmu ke syurga maka terlebih dahulu kamu mestilah menjadi bakal makmum yang sudah sedia untuk dituntun ...

sayang ,
disaat kau mengimpikan seorang suami yang memahami
hendaklah kamu memahami dahulu dirimu
sayang ,
disaat kamu mengimpikan seorang suami yang setia
 hendaklah kamu setia dahulu kepada Penciptamu
 sayang ,
disaat kamu mengimpikan seorang suami yang soleh 
hendaklah kamu mendidik dirimu agar menjadi yang solehah
sayang ,
disaat kamu mengimpikan seorang suami yang penyayang
hendaklah kamu menyayangi dahulu dirimu dan keluargamu
sayang ,
disaat kamu mengimpikan seorang suami yang tabah
hendaklah kamu tabah menghadapi segala ujian Allah
sayang ,
disaat kamu mengimpikan seorang suami yang cinta akan dirimu
hendaklah kamu mencintai Penciptamu,Rasulmu dan keluargamu
sayang ,
sebelum kau ingin menemui bakal imammu , 
persiapkanlah dirimu dengan sebaiknya,
kerana sebuah perkahwinan adalah permulaan segala dugaan buat dirimu , 
janganlah kamu terlalu mengimpikan untuk bertemu dengannya jika dirimu belum bersiap 
cubalah sehabis daya untuk mempersiapkan dirimu menjadi makmum yang solehah sebelum bertemu dengan imam yang soleh :)

                                                                                         -nsr-

Permataku


mengapa?
banyak permata yang bersinar...
 akan tetapi...
permata ini yang aku pilih...
sering aku berfikir...
apakah istimewanya permata ini...
 sehingga sungguh sukar...
untuk aku kehilangan permata ini...
walaupun kilauannya sederhana...
akan tetapi...
permata ini berjaya mencuri hatiku...
semakin lama saat aku...
 bersama dengan permata ini...
semakin erat dalam genggaman...
semakin kuat dalam ikatan...
permata yang mungkin hanya terdampar...
 tetapi hati yang memaksa...
agar permata ini...
diambil,dijaga,dipelihara...
setelah sekian lama...
baru aku tersedar...
rupa-rupanya bukan hati aku yang memaksa...
tetapi permata ini...
telah ditakdirkan dimiliki oleh...
 hati ini.....

-nsr-