Ahad, 11 September 2016

Bakal Imam Buat Dirimu


assalammualaikum...sahabat, ingin aku bicara disini mengenai isi hati yang tersimpan dalam setiap remaja perempuan...sahabat , disaat kau mengimpikan seseorang yang boleh menjadi imam bagi dirimu … ketahuilah , memang ada bakal imam untuk dirimu ... cuma waktu yang belum mengizinkan untuk kamu menemui dirinya ... bersabarlah sayang ... dalam tempoh penantian kamu sebenarnya, Allah ingin kamu mendidik terlebih dahulu diri kamu ... jika kamu mengidami seorang imam yang boleh menuntun tanganmu ke syurga maka terlebih dahulu kamu mestilah menjadi bakal makmum yang sudah sedia untuk dituntun ...

sayang ,
disaat kau mengimpikan seorang suami yang memahami
hendaklah kamu memahami dahulu dirimu
sayang ,
disaat kamu mengimpikan seorang suami yang setia
 hendaklah kamu setia dahulu kepada Penciptamu
 sayang ,
disaat kamu mengimpikan seorang suami yang soleh 
hendaklah kamu mendidik dirimu agar menjadi yang solehah
sayang ,
disaat kamu mengimpikan seorang suami yang penyayang
hendaklah kamu menyayangi dahulu dirimu dan keluargamu
sayang ,
disaat kamu mengimpikan seorang suami yang tabah
hendaklah kamu tabah menghadapi segala ujian Allah
sayang ,
disaat kamu mengimpikan seorang suami yang cinta akan dirimu
hendaklah kamu mencintai Penciptamu,Rasulmu dan keluargamu
sayang ,
sebelum kau ingin menemui bakal imammu , 
persiapkanlah dirimu dengan sebaiknya,
kerana sebuah perkahwinan adalah permulaan segala dugaan buat dirimu , 
janganlah kamu terlalu mengimpikan untuk bertemu dengannya jika dirimu belum bersiap 
cubalah sehabis daya untuk mempersiapkan dirimu menjadi makmum yang solehah sebelum bertemu dengan imam yang soleh :)

                                                                                         -nsr-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan