Ahad, 11 September 2016

Senyap-Senyap Cinta


Setahun memendam rasa suka
Padah memendam sering kecewa
Salah faham kerana tidak menyapa
Setahun telah berlalu

Kau kata “aku suka kamu”

Aku berjalan tunduk malu

Siapa sangka dua-dua menunggu

Senyap-senyap kita bercinta

Tidak menunjuk malah bercerita

Apabila mahu mengikat kata

Semua hilang putus bicara

Kerana tiada siapa yang dapat menyangka

Bahawa jodoh milik kita berdua.


-nsr-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan