Ahad, 11 September 2016

Aku Bukanlah Sempurna


Sungguh..aku tidak dapat membaca isi hatimu
Kerana aku hanyalah insan yang lemah
Kadangkala kau memberi harapan yang besar
Kadangkala kau menyepi tanpa bersuara

Apabila kau bertegas mengatakan kau setia
Aku disini berpegang dengan apa kau bicara
Akan tetapi apabila kau menghilang
Menghilang seperti buih-buih di lautan
Aku disini berasa amat runsing
Kepercayaan terhadapmu juga semakin hilang

Disaat kau mengaku kau jumpa yang lebih indah
Saat itu juga aku merasakan diri ini lemah
Aku bukanlah yang terindah untuk kau
Kerana kau jumpa yang lebih indah dariku
Aku bukanlah yang terbaik untuk kau
Kerana kau jumpa yang lebih baik dariku
Aku bukanlah yang sempurna untuk kau
Kerana kau jumpa yang lebih sempurna dariku
Ya, memang benar aku bukanlah
Yang terindah,yang terbaik dan yang sempurna
Tetapi aku berusaha untuk menjadi
Yang terbaik,yang terindah dan yang sempurna
Sekiranya engkau tidak memandang aku
Tetapi Insyaallah , Allah akan memandang aku

-nsr-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan