Ahad, 11 September 2016

Hati



Assalammualaikum…sahabat saya…  hari ni kita berbicara soal hati… hati? Apa yang ada di dalam hati? Kenapa hati selalu menjadi topik hangat di bibir semua orang? Dan didalam setiap perhubungan mesti menekankan soal hati…tidak kiralah hubungan apa pun…samada hubungan dengan keluarga,rakan-rakan,suami isteri malah hubungan dengan Pencipta kita sekalipun hati menjadi isu utama…tetapi….kenapa mesti hati???

Hati…
Tanpa iman bagaimana ingin menjadi hamba-Nya
Tanpa cekal bagaimana ingin tabah dengan ujian-Nya
Tanpa ikhlas bagaimana ingin beribadah pada-Nya
Tanpa suci bagaimana ingin mendapat hidayah-Nya

Hati…
jika disentuh dengan lembut maka mudah dibentuk
jika disemat dengan kata hikmah maka mudah menerima
jika sentiasa ingat pada Pencipta-Nya maka mudah tenang
jika dihargai dengan ikhlas maka mudah untuk berkorban

Hati…
Seandainya disakiti dipenuhi dendam didalamnya
Seandainya diguris hanya perit yang dirasainya
Seandainya ditikam berlumuran darah padanya
Seandainya dikhianat hanya tangisan ditanggungnya

Hati…
Tidak semua yang mudah memahaminya
Tetapi semua boleh cuba mendalaminya
Tidak semua yang mudah memilikinya
Tetapi semua boleh berusaha untuk mendapatkannya

maka disini sebenarnya terlalu banyak hal yang ibu kepadanya adalah hati...kerana jika hatinya bersih maka sudah tentu akhlaknya pun baik..tetapi , jika hatinya kotor maka sudah tentu di dalam hatinya dipenuhi dengan dendam...kita semua mempunyai hati tetapi yang memegangnya adalah Allah...oleh itu kita mesti sentiasa berdoa kepada-Nya agar hati kita terlindung daripada segala godaan dan hasutan yang tidak baik...dan sekiranya hati kita meletakkan Allah sebagai yang paling atas sudah tentu hati kita pun sentiasa tenang dan tabah mengharungi segala cabaran....sekiannn~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan