Ahad, 11 September 2016

Tanpa Sedar


Pertama kali kulihat dirimu
Seakan petir manyambar dihati
Terpana melihat pesona dirimu
Sehingga membuat diriku kaku
Tanpa aku sangka,
Dalam diam aku mencari,
Dalam diam aku memerhati,
Dalam diam aku mula menyukai,
Dalam diam aku telah menanti,
Setiap detik,
Setiap hari,
Setiap bulan,
Malah setiap tahun
Tanpa aku sedar ,
Dirimu telah bertakhta dihati
Tanpa aku sedar ,
Telah sekian lama aku menanti
Malah aku tidak tahu
Siapakah dirimu?
Apakah isi hatimu?
Sering aku bertanya pada hatiku
Kenapa dia yang engkau nantikan?
Apakah yang telah menarik perhatianmu?
Tapi sayang,
Hatiku juga tidak mampu memberi jawapan
Kepada persoalan yang aku tujukan
Semakin hari,
Aku semakin tertarik padanya
Kadangkala tertawa melihat tingkahnya
Kadangkala ingin berada disisinya
Kadangkala tanpa sedar,
Aku senyum sendirian disaat teringat padanya
Tanpa aku tahu,
Apa yang ada didalam hatinya
Tetapi Aku terus menunggu
Menunggu…yang entah sampai bila akhirnya
Sering juga bermain difikiranku
Adakah dia juga punyai rasa yang sama sepertiku?
Ataupun hanya diriku sahaja yang menunggu
Hati mulai berbicara ,
Bersabarlah dalam menanti
Mungkin ada sinar bahagia dikemudian hari
Siapa tahu takdir yang telah ditetapkan untuk kita
Kita hanya perlu berusaha
Seandainya , itu yang terbaik untuk kita
Maka dipermudahkan urusan itu
Seandainya, itu bukanlah yang terbaik untuk kita
Maka terimalah ujian itu dengan hati yang terbuka
Kita hanya sering mengimpikan yang indah sahaja
Tetapi terlupa disaat duka mula menyapa
Disaat ini dirimu perlu cekal dan tabah
banyakkanlah berdoa meminta pada-Nya
agar  segalanya akan  dipermudahkan.

-nsr-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan